PROGRAM YANG TELAH DILAKSANAKAN PADA TAHUN 2011
- LATIHAN KEMAHIRAN TIDAK FORMAL
- PERANTIS
- PENGURUSAN PAKAR KOMUNIKASI
- PROGRAM JATIDIRI KESUKARELAAN NASIONAL
LATIHAN KEMAHIRAN TIDAK FORMAL
- Latihan kemahiran Tidak Formal memberi peluang kepada belia setempat yang berminat mendapatkan latihan kemahiran di hujung minggu.
- Latihan berbentuk jangka pendek iaitu latihan kemahiran di peringkat asas untuk membolehkan peserta mengenali dan memahami asas kemahiran tersebut.
- Kemahiran seterusnya boleh didapati melalui kursus lanjutan atau alam pekerjaan yang diceburi nanti.
Syarat penyertaan
- Penyertaan terbuka kepada belia-belia yang berumur 17 hingga 40 tahun termasuk kepada belia-belia yang sedang bekerja.
Tempoh latihan
- Tempoh Latihan umumnya ialah 10 hingga 40 jam mengikut keperluan dan kesesuaian kursus
Bidang / kursus
Kursus-kursus yang dilaksanakan dikategorikan sebagai “kemahiran ringan” seperti;
- Baikpulih Komputer,
- Membaiki Motosikal,
- Jahitan,
- Terapi Kecantikan,
- Penyediaan Makanan dan lain-lain yang berkaitan.
PERANTIS
Program PERANTIS merupakan satu pendekatan Latihan Kemahiran berdasarkan proses
kerja sebenar dan memberi peluang kepada belia untuk mendapatkan latihan kemahiran
secara sepenuh masa.
Program PERANTIS adalah program kerjasama antara Bahagian Pembangunan
Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan Jabatan Belia dan Sukan
Negeri dan juga industri sebagai majikan. Melalui program ini, peserta akan diberikan latihan
di industri yang telah dikenalpasti serta diberikan insentif.
Program Perantis disasarkan kepada belia yang;
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 16 hingga 30 tahun.
- Lepasan PMR/SPM/STPM yang menganggur atau tidak dapat melanjutkan pelajaran ke mana-mana institusi dan tidak mempunyai sebarang kemahiran.
- Tidak pernah terlibat dalam kegiatan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah.
- Tidak pernah mengikuti program PERANTIS dan lain-lain program latihan kemahiran di mana-mana institusi latihan kerajaan / swasta.
- Berminat untuk mengikuti latihan kemahiran. Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan.
Peserta menjalani latihan selama 6 bulan di industri / premis yang telah dipilih.
Latihan kemahiran sesuai dengan perkembangan semasa agar peserta dapat meningkatkan
kualiti diri dan hasil kerja setanding dengan keperluan swasta/industri dan perkembangan
teknologi dan perindustrian. Antara bidang-bidang ialah :
- Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (contoh; perkhidmatan servis penghawa dingin)
- Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
- Kejuruteraan Awam
- Automotif
- Tekstil
- Hospitaliti