SELAMAT DATANG & SALAM SATU MALAYSIA

SUKAN


LIGA SUKAN UNTUK SEMUA             
           Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memandang serius tentang 'Program Sukan Untuk Semua' sebagai usaha untuk melahirkan masyarakat sihat dengan penglibatan dalam aktiviti sukan.

          Menurut Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Azman Maarof, program tersebut adalah untuk meningkatkan penyertaan sosial dalam sukan, sukan lasak dan sukan tradisional bagi menggalakkan konsep 'Malaysia Cergas'.

       "KBS sentiasa mencari usaha untuk meningkatkan dan memperkasakan Program Sukan untuk Semua dengan pembinaan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan sukan awam," katanya ketika membentangkan kertas kerja pada Persidangan Antarabangsa Sains Sukan dan Rekreasi (ICSSR) 2011 di sini, semalam.

           Jelasnya, 'Program Sukan Untuk Semua' juga mampu meningkatkan hubungan dan membina perkongsian pintar dengan sektor korporat agar sukan dapat berkembang di semua peringkat.

         "Terdapat juga beberapa program untuk menyemarakkan lagi 'Program Sukan Untuk Semua' di peringkat komuniti termasuk Program Komuniti Hujung Minggu Aerobik dan Kejohanan Futsal 1 Belia 1 Malaysia.

         "Pembinaan infrastruktur juga membuktikan bahawa KBS serius tentang 'Program Sukan Untuk Semua' dengan pembinaan 1,100 gelanggang futsal, 90 buah gimnasium 1 Malaysia, 16 buah Kompleks Rakan Muda, 14 buah Kompleks Belia dan Sukan, dua buah Kompleks Udara dan Air dan sebuah Komplesk Sukan Kurang Upaya," katanya.

          Tambahnya, Program Sukan untuk Semua juga mengiktiraf penglibatan masyarakat dengan mewujudkan anugerah Persatuan Pentadbiran Sukan Terbaik, Kompleks Sukan Komuniti Terbaik, Kepimpinan Lelaki/Wanita Terbaik, Keluarga Aktif, Sukarelawan, Kepimpinan Orang Kurang Upaya.



_________________________________________________________________________________________________
KEJOHANAN FUTSAL 1 BELIA 1 MALAYSIA

             Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menganjurkan Kejohanan Futsal 1 Belia 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan 2010 yang akan disertai oleh pasukan-pasukan yang telah menjuarai pertandingan di peringkat parlimen masing-masing bermula 17 hingga 19 Disember depan.
              Sebanyak 444 pasukan (222 pasukan lelaki dan 222 pasukan wanita akan menyertai kejohanan ini yang akan berlangsung di Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya.


           Hadiah bagi kejohanan tersebut adalah berupa wang tunai bagi dua kategori iaitu lelaki dan wanita. Hadiah pertama RM10,000.00; kedua RM7,000.00; ketiga RM5,000.00; keempat RM3,000.00; kelima hingga kelapan masing-masing RM1,000.00 bagi pemain terbaik kejohanan akan menerima wang tunai RM200.00
          Kejohanan ini merupakan satu aktiviti sukan masa yang dapat memberikan kesan positif dalam kerangka untuk memasyarakatkan sukan dalam kalangan masyarakat dalam masa yang sama juga untuk membendung gejala sosial dalam kalangan belia dan selanjutnya dapat mencungkil bakat diperingkat akar umbi dalam merealisasikan Gagasan 1 Belia 1 Malaysia.
Dilaksanakan disekitar Putrajaya dengan tempat permulaan bermula di Gelanggang Futsal Presint 18.
       Sempena dengan kejohanan tersebut juga turut diadakan Cyling Treasure Hunt iaitu program interaktif kecergasan melibatkan aktiviti berbasikal sejauh 30 km sambil mencari barang tersembunyi.
Acara lain seperti Badang GYM 1 Malaysia, Muai Thai Fit Warior; Fitdance Competition, Persembahan pentas, pertandingan gusti lengan terbuka KBS dan mari mencuba paintball di samping pameran dan jualan.