Visi
Merealisasikan konsep “Sukan Massa” melalui perkhidmatan dan pembangunan sukan dengan menganjurkan program pembangunan sukan yang melibatkan penyertaan ramai dari peringkat akar umbi di semua kawasan sehingga ke peringkat antarabangsa dengan memberi fokus kepada pembangunan Sukan Massa.
Misi- Meningkatkan penyertaan masyarakat dalam sukan massa, ke arah mewujudkan perpaduan nasional dan membentuk budaya sukan.
- Memantap, mengiktiraf dan menambah persatuan sukan massa bagi melahirkan pemimpin dan penggerak sukan massa di semua peringkat.
- Meningkatkan hubungan mantap dan perkongsian bijak (smart partnership) dengan sektor swasta dalam pembangunan sukan.
- Mempopularkan Malaysia sebagai pusat aktiviti sukan massa dan penganjuran di peringkat antarabangsa.
- Memaksimakan penggunaan prasarana dan kemudahan sukan massa bagi memberi lebih banyak peluang penyertaan aktif masyarakat.
Objektif
- Meningkatkan penyertaan masyarakat dalam sukan massa, sukan lasak, sukan tradisional di kalangan semua golongan masyarakat ke arah mewujudkan perpaduan nasional dan imej “Malaysia Cergas”.
- Memantap, mengiktiraf dan membantu meningkatkan jumlah persatuan-persatuan sukan massa bagi tujuan melahirkan pemimpin-pemimpin, pengurus dan tenaga penggerak Sukan Massa di semua peringkat.
- Menyediakan prasarana dan kemudahan-kemudahan sukan bagi memberi lebih banyak ruang kepada penyertaan aktif masyarakat dalam aktiviti-aktiviti Sukan Massa.
- Meningkatkan hubungan mantap dan perkongsian bijak ( Smart Partnership) dengan sektor swasta dalam pembangunan Sukan Massa.
Fungsi
- Menyediakan program keilmuan dan latihan kepada semua peringkat di bawah konsep ‘Malaysia Cergas’ yang dianjurkan bersama oleh sektor awam, swasta, pertubuhan sukan dan pertubuhan bukan kerajaan yang lain.
- Mengukuhkan program pembangunan sukan massa bagi membina masyarakat yang cergas, sihat dan produktif ke arah perpaduan negara.
- Memantap program sukan massa agar ianya dapat melibatkan semua lapisan masyarakat dari semua peringkat akar umbi.
- Mengupayakan pertubuhan sukan, rekreasi dan kecergasan supaya dapat menarik minat masyarakat menyokong dan menyertai aktiviti yang dianjurkan.
- Menyediakan peluang, kemudahan dan prasarana kepada masyarakat untuk melibatkan diri dalam sukan massa serta kepada remaja yang berbakat untuk mendapat latihan spesifik bagi mengembangkan bakat mereka sebagai persediaan ke arah sukan prestasi tinggi yang dikendalikan oleh Majlis Sukan Negara
- Meningkatkan semangat kesukarelaan dan patriotisma melalui kerja-kerja sukarela bagi memajukan sukan massa.
- Menyediakan prasarana dan mekanisme yang sesuai bagi kegiatan penyelidikan sukan massa termasuk pemantauan dan penilaian.
Piagam Pelanggan
Keutamaan kami ialah untuk memberi perkhidmatan yang bersih, cekap, cepat dan tepat dalam suasana mesra dengan penuh komitmen dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab kami.
Kami berjanji:
Kami berjanji:
- Memproses dan meluluskan permohonan bantuan peruntukan projek / aktivit (PK42000) daripada persatuan-persatuan sukan dalam tempoh dua bulan daripada tarikah permohonan lengkap diterima.
- Menyediakan kalender aktivit tahunan selewat-lewatnya pada bulan Februari setiap tahun untuk dilaksanakan di peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah.
- Menyediakan laporan lengkap berkitan dengan perlaksanaan program / aktiviti dalam tempoh empat belas (14) hari selepas program / aktivit selesai.
- Menyelesaikan segala dokumen bayaran dan perbelanjaan khusus atau pembelian dalam masa seminggu.
- Menyebar dan mengeluarkan maklumat borang khusus dalam masa tiga puluh (30) hari mengikut penjadualan.
- Bersedia memberi bimbingan dan khidmat dalam sebarang aktivit Sukan Massa selaras dengan Dasar Sukan Negara dan wawaan Negara sepanjang tahun.
- Memaklumkan kepada persatuan / agensi sebulan sebelum sesuatu program dilaksanakan.
- Merancang, membangunkan dan memantau program-program Sukan Massa setiap tahun.
- Mengawas dan menyelaras pembangunana kemudahan Sukan Untuk Semua setiap tahun.